Gel Amani penawar sakit lutut, sendi, gaut

Sunday, July 24, 2016

SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah


Bagi kebanyakan orang ibadah sembahyang lima waktu itu dilihat sebagai ibadah untuk ketuhanan semata-mata. Walahal sudah banyak kali ibadah ini disebut-sebut sebagai tiang agama, mencegah perbuatan keji dan mungkar, dan sebagainya tetapi tidak menjadi reality, tidak ada bukti nyata kerana pengajarannya tidak dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. Ibadah ini masih kekal sebagai ibadah ketuhanan, ibadah untuk mengumpul pahala semata-mata. Hal ini dapat dilihat dari sudut pandangan kita terhadap orang-orang yang kaki sembahyang di surau-surau atau masjid – mereka sembahyang tetapi tindak-tanduk dan etika kehidupannya tidak menggambarkan pengajaran yang diambil dari sembahyang. Ibadah ini seperti hanya untuk mengelakkan dari masuk neraka sahaja – kerana Allah memerintahkan maka ditunaikan, jika tidak akan masuk neraka. Pendek kata bolehlah disimpulkan bahawa ibadah ini seolah-olah tiada kaitannya dengan hal-hal kehidupan seharian.

Hakikatnya
Sembahyang kita ada matlamat dan tujuannya (maqasid). Jadi adalah tidak memadai jika ibadah ini ditunaikan setakat mendirikan zatnya sahaja, dan untuk memenuhi tuntutan perintah Allah semata-mata. Antara matlamatnya ialah:
·      seperti yang disebut oleh ayat al-Quran, Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’. (Al-Ankabut, 29: 45).
·      Antara lain lagi matlamatnya ialah bahawa sembahyang adalah ibadah yang menjadi tiang agama. Apakah kemungkaran yang berkaitan dengan ibadah sembahyang kita dan apakah dia agama? Kita lihat satu contoh, iaitu meletak kenderaan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, umpamanya di tempat yang disediakan untuk OKU.
Apakah hubungannya dengan sembahyang?


Dalam kitab Sabilal-muhtadin tercatat hukum yang menyebut,‘Makruh sembahyang pada tempat tawaf dan barang sebagainya daripada tempat yang banyak lalu manusia padanya, dan jika tiada ia jalan sekalipun.’ (Sabilul-muhtadin, 247)
Tempat tawaf adalah tempat yang sangat jelas di mana ramai orang lalu. Sembahyang di tempat ini hukumnya makruh. Sembahyang di tempat itu memang menyusahkan ramai orang yang hendak tawaf. Ini adalah satu kemungkaran, yang jelas tidak disukai ramai. Mengikut naluri manusia dari mana sekalipun memang tidak sukakan kesusahan atau kesukaran. Jadi perbuatan kita itu dilihat sebagai perbuatan yang menyusahkan saudara Islam yang lain. Bukan tidak boleh lalu, tetapi menyusahkan mereka. Selain tempat tawaf, barang sebagainya itu tadi bermaksud seperti kaki lima, jalanraya, tempat melintas, depan pintu lif, lorong-lorong rak di supermarket dsb. Banyak lagi kemungkaran yang boleh dikaitkan dengan sembahyang. Hal ini disebut dalam sebuah buku berjudul SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walalupun Sah, tulisan Abi Moesfa.
Buku ini memperlihatkan bahawa ibadah sembahyang kita adalah merupakan satu proses pendidikan kepada pengamalnya, di samping peranannya seperti yang tersebut dalam kitab suci al-Quran. Selain daripada mendidik kita menjauhi kemungkaran ialah:

  • membentuk akhlak dan keperibadian,
  • membawa rahmat kepada makhluk lain iaitu manusia, haiwan, tumbuhan dan yang tidak hidup seperti batu, air dsb.
  • menegakkan Islam (Islam sebagai way of life)
Komen seorang mantan pengarah bahagian pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia menyebut,
Jarang kedapatan buku agama yang ditulis dalam bentuk analisis seperti yang ditulis oleh Encik Mohamad bin Lamin. Kebiasaannya buku-buku atau kitab agama ditulis dalam bentuk nas dan hujjah-hujjah syar’ie, bermula dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Berbeza dengan buku ini, penulis cuba mengupas isu solat dalam bentuk semangat dan ruh ibadat itu sendiri. Sememangnya begitulah manifestasi daripada solat sebenarnya sepertimana yang disebutkan oleh Allah, bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan Fahsya’ dan Mungkar.
Tahniah saya kepada penulis yang berani mengupas isu solat ini dalam bentuk yang sedemikian rupa sehingga dapat membawa para pembaca melihat solat dalam satu dimensi baru yang menarik.
Dapatkan buku ini pada harga asal rm22 tetapi dijual pada harga rm20 dengan pos laju percuma. Hubungi 019-224 8 404 (Mohamad)